Berita dan Aktiviti terkini :

Rakyat Bersyukur Kurniaan Sultan Johor Ringankan Beban Golongan Memerlukan

Seramai 500 keluarga golongan B40 di Mukim Jementah, Segamat menerima kurniaan bantuan makanan daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Bantuan dan sumbangan peribadi daripada Baginda Tuanku Sultan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) oleh YB Mejar Cina Dato’ David Wong kepada penerima.
“Baginda secara berterusan mengurniakan bantuan makanan kepada golongan memerlukan. DYMM Sultan Johor amat prihatin terhadap kebajikan rakyat Baginda.
“Rakyat amat menghargai kurniaan serta bantuan disampaikan, bukan sahaja meringankan beban golongan memerlukan, namun disampaikan kepada mereka tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini (2 Disember).
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, YB Ng Kor Sim, Penolong Pegawai Daerah Segamat, Muhd Lutfi Abas dan Penghulu Mukim Jementah, Mohd Sahrul Sidek.

Jangan Lupa Share :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

Maklumat Terkini :

Pejabat Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Lot B-01, Aras 1, Bangunan Terminal Larkin Sentral, Jalan Garuda, Larkin Sentral, 80350 Johor Bahru, Johor

Talian Am: +607 207 2735 | Faks: +607 207 2735

© 2022 Sultan Ibrahim Johor Foundation. All Rights Reserved.