DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke majlis aqiqah anak perempuan Juruiring Tentera Baginda, Leftenan Komander Bakhri Shah Abdullah di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, hari ini (9 Disember).
Keberangkatan Baginda disambut Leftenan Komander Bakhri bersama isteri, Nurreth Seth dan ahli keluarga.
Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan melaksanakan tahnik untuk anak keempat pasangan itu yang dilahirkan pada 1 September 2022 dan dinamakan Aliyya Hamidah binti Bakhri Shah.


