KASIH SAYANG SULTAN JOHOR KEPADA RAKYAT

Seramai 200 murid B40 berbilang agama dan bangsa dari SJKC Ladang Grisek menerima kurniaan bantuan makanan daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Bantuan serta sumbangan peribadi Baginda Tuanku Sultan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) oleh YB Mejar Cina Dato’ David Wong kepada penerima.
Dato’ David turut menyampaikan lencana merit kepada pelajar-pelajar cemerlang dengan diiringi Guru Besar SJKC Ladang Grisek, Puan Goh Sew Chyn serta Dato’ Ng Chong Boon.
Puan Goh ketika menyampaikan ucapan kepada murid-murid, beliau juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas kemuliaan dan keprihatinan Baginda kepada rakyat memerlukan.
“Saya ingin mengingatkan murid-murid bahawa kita perlu berterima kasih kepada DYMM Sultan Johor kerana Baginda sentiasa mengurniakan pelbagai bantuan kepada rakyat,” katanya.
SJKC Ladang Grisek amat unik kerana 68 peratus murid-muridnya terdiri daripada bangsa Melayu, India dan lain-lain walaupun ia merupakan sekolah rendah Cina.

Jangan Lupa Share :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

PERMOHONAN BANTUAN

Pemohon boleh melayari laman sesawang sijf.my bagi tujuan mengemaskini permohonan untuk yang telah berdaftar atau mengemukakan permohonan baru bagi yang masih belum berdaftar. Sebarang info

Maklumat Lanjut

PERMOHONAN PERUMAHAN

Pendapatan isi rumah adalah berdasarkan jenis / kategori rumah yang ditawarkan. Warganegara Malaysia berumur 25 tahun ke atas Hanya satu permohonan sahaja bagi setiap pasangan

Maklumat Lanjut

Pejabat Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Lot B-01, Aras 1, Bangunan Terminal Larkin Sentral, Jalan Garuda, Larkin Sentral, 80350 Johor Bahru, Johor

Talian Am: +607 207 2735 | Faks: +607 207 2735

© 2022 Sultan Ibrahim Johor Foundation. All Rights Reserved.