Seramai 200 murid B40 berbilang agama dan bangsa dari SJKC Ladang Grisek menerima kurniaan bantuan makanan daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Bantuan serta sumbangan peribadi Baginda Tuanku Sultan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) oleh YB Mejar Cina Dato’ David Wong kepada penerima.
Dato’ David turut menyampaikan lencana merit kepada pelajar-pelajar cemerlang dengan diiringi Guru Besar SJKC Ladang Grisek, Puan Goh Sew Chyn serta Dato’ Ng Chong Boon.
Puan Goh ketika menyampaikan ucapan kepada murid-murid, beliau juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas kemuliaan dan keprihatinan Baginda kepada rakyat memerlukan.



“Saya ingin mengingatkan murid-murid bahawa kita perlu berterima kasih kepada DYMM Sultan Johor kerana Baginda sentiasa mengurniakan pelbagai bantuan kepada rakyat,” katanya.
SJKC Ladang Grisek amat unik kerana 68 peratus murid-muridnya terdiri daripada bangsa Melayu, India dan lain-lain walaupun ia merupakan sekolah rendah Cina.