
Seramai 300 murid golongan B40 berbilang agama dan bangsa dari SJK (C) Chee Tong, Masai menerima kurniaan bantuan makanan daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini (7 Disember).
Bantuan serta sumbangan peribadi Tuanku Sultan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) oleh YB Mejar Cina Dato’ David Wong kepada para penerima.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengurusan, Ang Ah Ngo, Guru Besar SJK (C) Chee Tong, Ching Yun Ming serta Dato’ Ng Chong Boon.
Dato’ David turut melaksanakan gimik menanam pokok dalam menandakan hubungan erat antara sekolah dan Istana Johor.
Beliau turut meluangkan masa melawat penanaman pokok gambir dan lada di laman taman sekolah berkenaan.




